Dari Abu Laits As-Samarqandi ( seorang ahli figh yang masyur )
Pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi
"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu
pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat :-
1) Apa yang engkau lihat(hadapi) maka makanlah.
2) Engkau sembunyikan.
3) Engkau terimalah.
4) Jangan engkau putuskan harapan.
5) Larilah engkau daripadanya.
Esoknya, Nabi itu keluar rumah menuju ke barat dan
terdapat 5 perkara y berlaku padanya.
1) Nabi melihat sebuah bukit besar berwarna hitam.
"Yang pertama aku diperintahkan memakan,tapi aneh sesuatu mustahil
untuk aku laksanakan". Maka Nabi terus berjalan menuju ke bukit dengan
hasrat memakannya. Tiba-tiba bukit itu mengecil ketika dia menghampirinya
dan sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu memakannya dan apabila
ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucap syukur, Alhamdulillah.
2) Seterusnya Nabi bertemu sebuah mangkuk emas. Dia teringat arahan untuk
sembunyikannya, lalu dia menggali lubang untuk menanamnya, kemudian
ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas terkeluar semula. Nabi itu pun
mengulangi perbuatannya tadi 3 kali berturut-turut.
Berkatalah Nabi itu " Aku telah melaksanakan perintahmu".
Nabi itu meneruskan perjalanannya tetapi mangku emas itu terkeluar dari tanamannya.
3)Dalam perjalanannya dia ternampak seekor burung helang mengejar burung kecil.
Burung kecil berkata "Wahai Nabi Allah,tolonglah aku". Hatinya berasa simpati
lalu dia memasukkan burung itu didalam bajunya.
4) Melihatkan keadaan itu burung helang berkata "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar
dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu, janganlah engkau patahkan harapan
rezekiku". Teringatkan pesanan keempat Akhirnya dia berbuat keputusan untuk mengambil
pedangnya dan memotong sedikit daging pehanya dan diberikan pada helang.
Selepas mendapat dangingnya helang pergi dan dia melepaskan burung kecil.
5) Tidak lama kemudian dia bertemu dengan 1 bangkai yang amat busuk baunya.
Maka dia bergegas lari dari situ kerana tidak tahan dengan bau itu.
Setelah menemui kelima-lima peristiwa Nabi pulang ke rumah. Pada malam itu
Nabi berdoa " Ya Allah, aku telah melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang
diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah padaku erti semua ini".
Dalam mimipi beliau telah diberitahu oleh Allah :-
1) Pada mulanya nampak seperti bukit tetapi jika bersabar dan dapat
mengawal serta menahannya, maka marah itu akan menjadi manis daripada madu.
2) Semua amal kebaikan, walau disembunyikan, maka ia tetap akan nampak.
3) Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu mengkhianatinya.
4) Jika orang meminta kepadamu, maka usahalah untuk membantunya meskipun
kamu sendiri berhajat.
5) Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah
dari orang-orang duduk berkumpul membuat ghibah.
Wallahualam ^__^

No comments:
Post a Comment